rakan-rakan sampul gula-gula

Thursday, July 21, 2011

IsTiKhaRah CinTa 2011

bebelan:
ok.. saya nak bebel skit jek.. ISTIKHARAH CINTA merupakan diskusi ilmiah yang dianjurkan oleh PERSADA (KUIS = KOLEJ UNIVERSITI ISLAM ANTARABANGSA SELANGOR). Pihak PERSADA menganjurkan diskusi ini bukan sahaja khusus untuk mahasiswa/mahasiswi KUIS tetapi untuk semua masyarakat kat luar sana yang boleh hadir dan ingin turut serta kami amat berbesar hati dan kehadiran anda semua amat di alu-alukan...

VANUE : Audi Pentadbiran
TIME : 9.00 pm
DATE : 21 JULAI 2011


Puisi Istikharah Cinta

Izinkan ku raikan rasa hati ini,
di taman kemesraan..
menusuk terus ke jantung sanubari...
kerna ia buat hati terus penasaran..

Entah kenapa..cinta ini buat hati bahagia sekali..
saat aku berikrar dan bersaksi..
demi mengikat sebuah janji..

Saat Cinta Qaisy dan Laila berlagu merdu..,
tika rasa Shahjehan dan mumtaz mahal menggamit rindu..
rasa kasih ini sering bertamu..
menerobos hati bertalu-talu..
hingga aku merasa jemu..
lalu.. tertunduk malu..

Kerana..,
aku sering termanggu sendiri,
Ahhhh!! apa ini???

Cinta siapakah yang ingin ku cari???
dan apakah jalan yang ku pilih hari ini..
menjanjikan kebahagian tertinggi..
atau aku..yg akan menyesal nanti....?

Ya Allah,
aku pasrah...dalam lelah..
kurniakan aku hidayah..
dan izinkan aku membntangkan rasa sajadah..

untuk... berISTIKHARAH...

zahra azmi-puisi Istikharah cinta-ghurfati-1.33am-

ISTIKHARAH CINTA-21 JULAI 2011-AUDI PTD-9 MALAM
- prgram ini dapat slot kuliah maghrib usrahKUIS


kredit bebelan: aku

kredit puisi: Fatimah Zahra




LinkWithin

Related Posts with Thumbnails