rakan-rakan sampul gula-gula

Thursday, February 11, 2010

Pensil DVDRip (2008) Malaysia Mediafire Links


Synopsis:
Pensil ialah kisah seorang anak cacat, Badrul yang dibesarkan oleh ibu tiri yang tidak menyukainya. Badrul seorang anak yang baik, bekerja menjual kerepek buat membantu ibu tirinya. Seisi kampong menyenangi dan menyayangi Badrul melainkan ibu tiri dan ibu saudaranya. Dia dianggap pembawa sial dan malang dalam keluarga. Satu kegemaran badrul ialah melukis. Dalam hidupnya wang hanya diperlukan untuk membeli pensel dan kerta buat melukis. Selebihnya tidak apa yang diperlukan. Filem ini mengisahkan Badrul menghadapi hari-hari dalam hidupnya bersama ibu tiri yang membencinya.
‘Allah beri rezeki macam hujan. Semua orang dapat’.

*Saya kagum dengan M Subash kerana mengangkat persoalan rezeki dengan baik. Orang seperti Badrul, yang cacat, berjalan pun pengkor pun berusaha untuk mencari rezeki. ‘Allah beri rezeki macam hujan. Semua orang dapat’. Hanya saja kita manusia perlu berusaha. Kadang-kadang rezeki itu terhalang hanya satu langkah di depan kita. M Subash mengkritik masyarakat hari ini, ada yang malas bekerja. Mereka lebih senang meminta-minta. Namun bekerja tetap malas. Badrul dalam filem ini, demi mencari rezeki sanggup menjual kerepek, kemudian mengutip tin kosong untuk dijual. Realitinya kita selalu terserempak dengan apek atau nyonya yang memunggah-munggah tong sampah mengutip tin kosong dan kotak untuk dijual. Ya apek dan nyonya. Walau sebangsat mana pun mereka, meminta-minta itu sangat jauh dari senarai ikhtiar mereka. Itulah orang Cina.

Tidak banyak filem mengangkat tema orang cacat, lebih-lebih lagi cacat mental. Sebuah filem yang paling saya ingat tentang orang cacat mental ialah I Am Sam lakonan Seann Penn. Sama seperti Pensil, ia menelusiri kisah manusia-manusia yang kekurangan.
Namun sebenarnya anak cacat adalah anugerah Tuhan.

Genre:Drama Kemanusiaan

Download Link:
Note:
bagus filem ni. tapi promosi tak bagus dan trailer yang tak menarik membuatkan filem ni orang tak berapa nak perasan kewujudan dia. Macam filem Gadoh bagus cara promosi dia sebab diperkenalkan time masyarakat Malaysia dah celik IT. Sebab tu promosi tak berapa kaw tapi still bleh pemes..

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails